Incheon SSG Landers Field
Incheon SSG Landers Field

Incheon SSG Landers Field

Incheon SSG Landers Field merupakan stadium besbol yang terletak di Incheon, Korea Selatan. Nama lama stadium ini ialah Stadium Besbol Munhak. Stadium ini merupakan gelanggang bagi pasukan KBO League, SSG Landers.[1] Stadium ini telah dimodelkan semula dengan jenama affiliasi Shinsegae termasuklah Starbucks, No Brand Burger dan kedai serbaneka e-mart 24.[2] SSG Landers Field telah menukar warna tema utamanya kepada merah dan kuning, bagi mewakili warna bersejarah pasukan yang digunakan semenjak SK Wyverns. Warna merah dan kuning masing-masing juga mewakili Shinsegae dan e-mart.[3]Stadium ini menjadi tempat penggambaran rancangan televisyen SBS TV, Hot Stove League yang dibintangi oleh Namkoong Min.

Incheon SSG Landers Field

Pemilik Incheon Metropolitan City
Pecah tanah 20 Julai 1994
Lokasi Incheon, Korea Selatan
Dibuka 25 Februari 2002
Kapasiti 23,000
Pentadbir SSG Landers
Saiz Padang Kiri Padang – 95 meter (312 ka)
Kiri-Pusat – 115 meter (377 ka)
Pusat Padang – 120 meter (394 ka)
Kanan-Pusat – 115 meter (377 ka)
Kanan Padang – 95 meter (312 ka)
Tinggi Tembok Outfield – 2.8 meter (9 ka)
Nama silam Stadium Besbol Munhak (2002–2015)
Incheon SK Happy Dream Park
(2015–2021)
Kos pembinaan ₩ 60.1 bilion
Koordinat 37°26′12.4″N 126°41′35.9″E / 37.436778°N 126.693306°E / 37.436778; 126.693306Koordinat: 37°26′12.4″N 126°41′35.9″E / 37.436778°N 126.693306°E / 37.436778; 126.693306
Permukaan Rumput